top of page

Bahasa Melayu terus berkembang sebagai bahasa yang berwibawa apabila masih mampu menyampaikan isi pemikiran yang berkesan yang sarat dengan unsur-unsur intelektual dan makna-makna yang halus dan rumit.

​

Sebagai bahasa yang mempunyai keindahan yang diiktiraf sejarah, usaha memastikan kelestarian bahasa Melayu sebagai bahasa yang berperadaban tinggi perlu diteruskan. Tambahan juga, sesuatu bahasa akan menjadi lebih unggul apabila dikaitkan dengan peradaban besar melalui kerjasama dengan negara-negara lain di peringkat antarabangsa. Sehubungan dengan itu, Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, (JBKM), Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) dengan kerjasama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan Persidangan Antarabangsa Memartabatkan Bahasa Melayu kali ke-7 2021 (PABMVII 2021).

​

Tema yang akan diketengahkan dalam persidangan ini ialah ‘Pengajian Melayu Masyarakat Supradiversiti’. Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa subtema yang telah dikemukakan iaitu Bahasa Melayu, Kesusasteraan Melayu, Bahasa Serumpun, Pendidikan, Seni dan Budaya, Perbandingan Bahasa, dan Ketamadunan.

Hubungi Kami

Urus Setia
Persidangan Antarabangsa Memartabatkan Bahasa Melayu (PABM-VII 2021)

Fakulti Bahasa dan Komunikasi,
Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak, Malaysia.

Faks : 05-450 3603

Dr. Nur Farahkhanna binti Mohd Rusli 
No Tel : +6019-6329577
Email : farahkhanna@fbk.upsi.edu.my


Dr. Zuraini binti Ramli
No Tel : +6019-6323903
Email : zuraini@fbk.upsi.edu.my

  • Facebook
  • YouTube
  • Instagram

©2021 by Fakulti Bahasa dan Komunikasi ,UPSI

bottom of page